Gembira/Kedukaan


::happy is a multi-coloured word :)::

rata-rata di sekeliling saya lihat kawan-kawan saya bahagia dan gembira. Alhamdulillah:). it’s infectious, i think. saya pun terasa lebih bahagia.

saya sangat sibuk kebelakangan ini. minta maaf, tapi saya gembira bila saya sibuk. adrenalin itu seperti feromon. sangat-sangat chemistry. sibuk kerja. sibuk  dengan kawan-kawan baru dan kawan-kawan lama. sibuk belajar fotografi. sibuk dengan kehidupan. sekarang dah selesai beberapa tugas-tugas khas, saya kembali ke sini untuk menunaikan hasrat jiwa.

Gembira kerana Ramadhan menjengah semula.

Namun, tidak semua orang yang saya sayang gembira. One of my little angels went through a harrowing experience of her house was totally burnt down in a fire.

::Al-Nazirulrahmah::

Al-Nazirulrahmah, pelajar  Year One yang ‘karau’-alami masalah menyebut perkataan dan beberapa masalah pembelajaran. Tapi, Ya ALLAH, manisnya senyuman si kecil ini. dengan 2 gigi hadapan yang tiada. Habis semua harta benda, baju, buku dll terbakar dan tidak dapat diselamatkan lagi dalam kebakaran yang berlaku petang dalam minggu sebelum Ramadhan itu. Syukur kepada ALLAH, berjaya dilarikan dan dibawa keluar kesemua adik beradiknya oleh ahli keluarga lain.

Saya terlihat youtube video rakaman kebakaran itu di FB, tapi tidak tahu rumah siapa..dan sewaktu perarakan hari kemerdekaan melintas di tempat kejadian, sempat saya amati sisa-sisa bahaman api. Innalillahiwainnalillahirojiun. habis hangus rumah papan kampung itu. masih berasap walaupun sehari sudah berlalu. kesan dari permainan mancis adik kepada Rahmah.

Sehari lepas itu, ketika kami sibuk menyambut Hari Kemerdekaan di dewan, saya terjengah kelibat dia dan keluarga datang ke sekolah..menyampaikan secara rasmi yang dia dan abangnya tidak akan hadir ke sekolah selama 10 hari. Pakaian dia, kakaknya, adik dan abangnya uniform bola Arsenal mungkin, tatkala berkejar-kejaran keliling bapanya yang bercakap dengan Guru Besar, baru dibeli mungkin kerana habis semua harta benda terbakar. saya tak pasti sambil saya kenangkan nasib dia dan keluarga di saat musibah ini.

::sweet angels smiling, one week prior to the fire::

Saya teringat baju-baju saya yang kecil dan tidak dipakai di rumah. dan juga tudung-tudung Ekin saya yang berlambak digantung tapi hampir tak pernah dipakai. Saya balik dan masukkan ke dalam kotak..namun hari seterusnya sibuk sangat dengan persiapan lawatan nazir, dan tangan terlalu penuh mengangkut benda. tidak terbawa.

hari itulah,Rahmah hadir ke sekolah memakai sepasang blouse dan seluar pink ke sekolah. sayu saya tengok. mukanya kelihatan sedikit sugul. ‘ is she affected by this?’..hati saya terdetik.  ‘aku nada buku cikguk’..dia mengeluh, disambut syafiq “ouk cikguk, habis ngannya terbakar..”.”ndadapa, karang tah sekulah beri baru (tak apa, nanti sekolah beri baru)”. kebetulan saya mengajar tajuk ‘Clothes’..saya panggil dia ke depan sebagai live demo bajunya yang comel itu.  kembali seketika senyuman manis itu tatkala saya terangkan “a blouse” dan “a pair of trousers”.

Hari selepas lawatan nazir, saya berusaha membawa kotak tersebut ke sekolah. Hari itu Rahmah sudah berbaju sekolah. senyum separa sugul. Sewaktu kelas bahasa Inggeris selesai saya berikan aktiviti, saya panggil Rahmah untuk cuba baju.

::Rahmah mencuba baju Avril Lavigneku::

::2008. awal fasa trend avril lavigne saya. pre-G11 phase::

Saya tersenyum melihat hasilnya. Rupanya selama ini saya memakai baju saiz kanak-kanak 7 tahun! comel. terdetik di hati saya bagaimana rupa anak saya nanti pada umur ini..adakah saya akan pakaikan trend Avril Lavigne ini juga, seperti trend yang saya kembali minati sekarang? emm.

Baju oren. baju checkers. dan beberapa baju yg kini saya rasa kecil dicuba. Alhamdulillah..tak terlalu kecil tak terlalu besar baginya. tudung yang pendek bagi saya, serasi juga baginya. dia ceria, saya lihat dia pun saya ceria.

Dalam hati saya, terdetik hendak mengajar Rahmah doa Ummu Salamah, doa tatkala ditimpa musibah:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ

اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا

(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),
melainkan Allah Swt. pasti membera Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw.”

(Hr. Muslim, bab Ucapan/doa ketika ditimpa musibah, Hadits nombor 2127)

tetapi dia hanyalah kanak-kanak. jadi saya tolong doakan untuknya dan keluarga di dalam hati.

Amin.

p/s: salam ramadhan semua. semoga kita smua diberi ketabahan dan kesabaran  menghadapi musibah dan dugaan di bulan Ramadhan, seperti anak kecil ini.


2 thoughts on “Gembira/Kedukaan

  1. rely nice a story…gud job k.lisa..i feel like crying while reading this….ntahla agaknye kesian kt little angel k.lisa tuu…smg dia & keluarganya tabah..amin.

Leave a reply to nur lisa Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.