:: ‘Rumah’ Baru :)::


::birds making musical notes in the sky::

::birds making musical notes in the sky::

Ya.

Saya telah berpindah  ke ‘rumah’ baru. Masih lagi dalam fasa perpindahan. ‘Perabot-perabot lama’  masih belum dibawa masuk dan disusun dengan baik. Masih dalam proses, sedikit demi sedikit, Insyaallah. Agak rasa kaget dan rendah diri dengan wijet dan aplikasi-aplikasi yang banyak di kiri kanan ini..

‘rumah lama’ di blog Friendster : http://nurlisaahmadzaki.blog.friendster.com/  telah mencapai tahap matangnya dan kapasiti, dan sesuai dengan keadaan yang memerlukan pembaharuan dan kemajuan. Seperti burung yang berpindah mengikut musim, mencari kemudahan dan kesenangan dari musim dan cuaca yang tidak mengizinkan. Sedih, sayu juga..tetapi tak sabar dengan sesuatu yang baru.

::klik,klik ::

Kini kembara nukilan hati saya tidak keseorangan. Saya bertemankan si hitam manis yang cilik, Encik G11 yang agak kecil-kecil cili padi.. saat saya di sisinya, terdetik “we will make great musics together, you and me”. walaupun bukan sehebat DSLR mahupun SLR, dia bukanlah satu beban untuk menemankan saya ke mana-mana dan bertugas sehabis baik.

Minggu lepas merupakan antara minggu tersibuk. Saya berusaha sehabis baik untuk ‘juggle’ antara kerja, balajar fotografi (read: baca manual) dan juga mencuba skill-skill fotografi. Memandangkan saya tak ke mana-mana, maka di sekolah-lah kesemua nya di praktikkan.

Lagipun kebanyakan luahan itu dicetuskan oleh perkara-perkara di sekeliling sekolah saya sendiri, dan Insyallah, di antara perkara-perkara yang saya selalu, atau bakal blog adalah kisah:

1. Kisah Year One kelas English saya dengan 9 orang si kerdil yang amat adorable.

::Amir Shukry Nazreen buat hal lagi::

Everyday i teach them, in return they teach me something new, about life and how i look at it. amazing.

2. Kisah Year 3 kelas English dengan 18 orang sang damit (kecil) tapi suka ke sana ke mari itu ini seperti popcorn yang meletup-letup.

::year 3 yang pandai posing ngan nya..::

Kelas yang pandai, tetapi kenakalan yang begitu mencabar kesabaran. di sini saya belajar bagaimana menangani ‘class control’..dan bagaimana pentingnya sentiasa bersedia dalam pengajaran. tapi tetap terhibur dengan antika-antika nakal mereka.

3. Year 6 kelas Sains yang sedang berjuang untuk menghadapi UPSR dalam Syawal ini.

::Fisabillillah, Tahun 6!:

Setiap tahun, kelas tahun 6 , 19 orang yang berlainan-lainan pe’el.  kali ini tidak terkecuali.  mengajar kelas peperiksaan ini banyak melatih saya untuk mencuba pelbagai kaedah P&P untuk menyesuaikan dengan tahap pembelajaran setiap murid. Insyallah, dengan usaha mereka, leteran dan hukuman saya serta doa kami semua, hasilnya setimpal. Amin.

4. Kisah ‘melihat alam dengan mata hati’. seperti memandang ke atas dan melihat burung-burung bertenggek di atas wayar elektrik dan kelihatan seperti mereka not muzik kehidupan berlatarbelakangkan harmoni biru awan langit. berada di Borneo di mana alam semulajadi masih suci dan asli. seperti petikan sajak E.e Cummings ‘ I carry your heart with me’ :

::i carry your heart, i carry it in my heart::

**here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;which grows
higher than the soul can hope or mind can hide)
and this is the wonder that’s keeping the stars apart**

Kerja masih belum selesai.

Banyak lagi dalam hati dan dalam minda ini. tapi tidak apa..ini baru permulaan.

Semoga ALLAH memberkati saya dalam perkara baru ini. Amin.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: