Eulogi Kepada GB


Mengejutkan.

Sedang saya niatkan bacaan yasin tadi kepada Allahyarham bapak saya, Tok Wan Paq, Tok Intan, Tok ‘Jar..dan kemudian saya teringatkan Allahyarham Cikgu Sahat, bekas guru besar saya dahulu yang baru-baru ini meninggal. Air mata bergenang.

Saya teruskan pembacaan yasin dengan tenang, kemudian lama-kelamaan semakin sebak mengingatkan beliau. Terlalu sebak sehingga saya berhenti sekejap.

Mengejutkan.

Kerana dia bukan sahabat baik saya.Kami telah berhenti bertanya khabar secara profesional sejak saya pindah.

Kenapa saya sebak sebegini? Saya imbas kembali kenangan bersama beliau tatkala saya duduk berfikir.

Sewaktu saya ditempatkan di sekolah itu di Limbang, beliau merupakan antara orang pertama yang menyambut kehadiran saya dengan penuh besar hati. Dikenalkan saya dengan semua guru, ditunjukkan di sekeliling sekolah. Dan yang paling saya ingat sekali, sewaktu perhimpunan pagi, satu ayat yang sentiasa terngiang di minda saya..

“..kita haruslah bersyukur mendapat seorang guru dari semenanjung yang sanggup datang mengajar di sini..”

Wah! Saya yang ilmu yang sungguh ciput sewaktu itu terasa sungguh dialu-alukan, walaupun guru baru tetapi terasa seperti Tokoh Guru pula.

Beliau bersifat terbuka kepada cadangan dan aktiviti baru kepada sekolah, mungkin kerana pada usia yang agak lanjut beliau (sewaktu itu) sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Tahun kedua saya di sana, terus dijadikan Guru Sains Tahun 6.

What? Saya tak percaya dengan kebolehan saya. Tetapi mungkin dia nampak potensi. Wallahuaqlam. Beliau sangat menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan prestasi tahun 6.

Saya masih ingat lagi suara beliau. ” Chegu..”. A slow drawl; dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa melayu mungkin suara perlahan tapi jelas (?).

Hari itu hujan. Saya dan seorang lagi guru tahun 6 sedang menunggu sampan untuk ke seberang sungai untuk kelas Tahun 6 pada hari Sabtu. Saya memegang penuh tangan plastik buku aktiviti yang difotostep. Sedang derupan hujan di atap Tamu Limbang, sedang saya fikirkan bagaimana hendak melintas sungai sebegini, terdengar suara itu;

” Chegu Lisa…”

” Yes, GB?” . Saya sengih tengok beliau memakai baju hujan berhud, kaki seluar senteng dan berselipar.

” Mau ka Gadong ka?”

“Auk, GB. Kelas Tahun 6 ku sama Madam.”

Dia angguk perlahan, sambil mata kuyunya berfikir. He then cracked a joke, in his signature way and laughed. Kami ketawa, tak ingat kerana sebab lucu, atau meringankan bebanan situasi semasa.

“Ba, chegu. Hati-hati kita menyeberang. Aku ada hal ba di bandar..”

“Ba, ba GB. Berdudun tah kita..”

His ability to be cool,unnerving sometimes contrast the way the other times he cracks jokes. All in all, although all humans have their own failings, he was among the people I respected most in the profession.

Hampir kesemua aktiviti sekolah, dia mesti hadir. Pagi, petang..mesti nampak kelibat beliau di sekolah. Mesti ada topi sukan itu di atas kepala.

Image

Our best moment together. Hari Raya peringkat Zon A 2010. Arwah GB 4 dari kiri baris belakang.

Saat manis tatkala tahun-tahun terakhir saya di sana. 2009, setelah kejayaan murid-murid Tahun 6 mencapai antara keputusan terbaik, beliau, saya dan Madam J telah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang pada majlis yang sama. Tahun hadapannya beliau sempat menghadiri majlis konvo sendiri bersama keluarga tercinta beliau.

Kenapa saya menangis?

Kerana apabila saya naik pick-up buat kali terakhir untuk meninggalkan sekolah lama saya, saya pusing untuk melihat beliau menitiskan air mata. Pertukaran saya sampai berita hanya pada hari terakhir persekolahan.

” GB, jangan nangis GB..” Saya cuba melucukan suasana.

” Nda ba. Indak ku pikir kau dapat (tukar) ba.”

” Terkejut ka GB?”

” Auk. Adoi, sedih jua ba.”

Dalam kata-kata terakhir beliau semasa serah tugas, beliau berkata beliau redha dengan perpindahan saya kerana mungkin saya akan lebih belajar secara profesional di tempat yang lain, berbanding dengan sekolah kecil itu. Dia doakan saya berjaya di mana saja saya berada.

Kemudian saya sibuk di sini dan tidak berhubung, sekadar ucapan selamat untuk hasir-hari kebesaran. Sempat saya ucapkan ” Get well soon, GB” sewaktu mendengar dia masuk hospital dan dia balas dengan cara positifnya, sentiasa bergurau.

Innalillahiwainnalillahirojiun.

Terima kasih atas segalanya. Cikgu Sahat, kerana memberi peluang untuk saya belajar menjadi pengajar.

Ayat terakhir Surah Yasin saya akhiri eulogi ini:

Amin.

Female Friendship Truths


Ini saya petik dari artikel 18 Female Friendship Truths by (the film) Bridesmaid di laman sesawang Buzzfeed.com.

Sungguh tepat beberapanya walaupun secara realitinya hanya mengaku dalam hati!

Saya hanya pilih beberapa yang menepati gaya budaya peribadi dan lokal. Sila check jika ia berlaku dalam persahabatan anda ;)

:: Girlfrens - Karya 2010 Pesta Limbamg::

:: Girlfrens – Karya 2010 Pesta Limbamg::

1. Sesi meluahkan perasaan antara girlfrens adalah seperti penyucian jiwa, tetapi lebih mendalam.

2. Kalau kawan kita tidak suka kepada seseorang, kita akan automatik tidak suka kepada orang itu juga tanpa mengetahui sebabnya.

3. Apabila sahabat terbaik kita berjenaka mengenai inside joke dengan orang lain, sesuatu di dalam hati kita terasa seperti tercalar.

4. Kadang-kadang kita hanya perlu memberi sebuah pandangan kepada sahabat kita, dan dia sudah faham apa maksud kita.

5. Kita boleh berbual mengenai perkara yang amnya gila, tetapi sahabat baik kita tak pernah akan mengadili.

6. Kita juga pernah buat perkara gila secara amnya, dan mereka masih tak akan mengadili.

7. Kalau kita sedang menhadapi emotional breakdown dan tidak dapat menghubungi kawan kita, kita akan menjadi gila.

8. Apabila kita perlukan kata-kata perangsang, mereka akan memberikannya.

9. Girlfrens kita akan faham mengenai obsesi-obsesi kita walaupun sebagaimana pelik.

10. Apabila menghadapi drama perhubungan, mereka akan berada di situ untuk mendengar bahagian-bahagian buruk.

11. Jika kawan anda tidak suka lelaki yang anda sedang minati, kita akan berbohong mengenai dia kepada mereka.

12.Jika kita bertanya mengenai hidup kita kepada mereka,mereka akan bersikap sungguh jujur.

13. Jika kita bersahabat dengan lama dengan mereka, lama-kelamaan stail juga akan kelihatan seperti sama.

14. Jika kehidupan kita menuju ke arah kemusnahan, mereka tidak akan berfikir panjang untuk segera membantu kita.

15. Dan yang paling best, mereka akan sentiasa menyokong kita, bukan cuba ‘membaiki’ kita.

“It’s The Little Things That Makes You Happy..”


:: Biru Diraja::

:: Biru Diraja::

Sudah sampai!

Cenderahati-cenderahati saya dari Eropah!

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang empunya diri; kiriman ini, seperti dalam blog saya terdahulu, Europe Je’taime.

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::  Hearts::

:: Sungguh…..::

Pinggan Komemoratif Perkahwinan Will & Kate, magnet peti ais kasut kayu Holland serta pemandangan sungai/gandola Venice.

Saya kekurangan satu item Eiffel Tower yang belum kunjung tiba. Hint * Hint *.

Saya terkenang satu cerita tatkala saya sedang mencari stokin sukan keliling rumah untuk pergi joging. Tiba-tiba saya terjumpa sepasang yang saya selitkan di tepi beg komputer riba saya :

“Alhamdulillah! Nasib baik Lisa berpandangan jauh!” saya kata kepada diri sendiri. Secara ironi jugak.

Mama yang sedang menonton TV tersengih, sambil melihat saya dan berkata dengan tawa;

“It’s the little things that makes you happy, huh?”

Saya jengilkan mata sambil tersengih sebab Mama sungguh menyelami.

It doen’t take much to make me happy.

Contohnya tengok pembelian saya yang baru:

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!"

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!”

wordsearch

::Mari mencari maksud cara oldskool::

Gaya studi SPM konon.

Mari menimba ilmu menggunakan kamus (kerana saya tiada telefon “pintar” untuk Google maksud).

I’m a geek and I’m proud of it.

Ngeeeee.

*Berdoa supaya hujung minggu ini lebih baik dari yang lepas, dan yang seterusnya lebih baik dari minggu ini, serta diberi rezeki dan ketabahan atas apa yang bakal di masa hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kisah Budak Paling Degil Dalam Dunia #2 – Wreck-It H


Sedang saya beberapa hari ini cuti sakit di rumah abang saya, saya terlibat dalam menu tontonan kartun anak menakan saya, Khalil Amshar. Pada umur ini, memang suka menonton kartun. Rasanya kesemua filem Disney/Pixar saya dah tonton bersamanya.

Wreck-It Ralph dan Fix-It Felix

Salah satu kartun kegemarannya sekarang adalah Wreck-It Ralph. Setelah menonton agak berpuluh kali (kerana rupanya toddlers suka menonton sesuatu yang berulang-ulang), saya sedar 2 perkara.

1. Saya rindukan permainan zaman video zaman 80-an dahulu. Nada dering hp saya adalah lagu tema Mario Bros. Geek,  I know.

2. Ralph reminds me so much of budak paling degil dalam dunia dalam nukilan saya dahulu.

Yes, I shed some tears when Ralph decides to sacrifice himself for Venoloppe’s future by shattering the mentos thing into the Diet Coke lava thing, when the camera pans his face holding the medal while falling down in slow motion, knowing this is his demise, while muttering the bad guy mantra”

“I’m bad, and that’s good. I will never be good, and that’s not bad. There’s no one I’d rather be then me.”

That struck me deep, as a teacher I forget the core psychology human that i learnt; that no matter how bad someone seems in the outside,   deep inside he/she has a desire to be good. To be recognised. To be valued.

Membawa kembali kepada sambungan cerita Kisah Budak Yang Paling Degil Dalam Dunia.

Mungkin anda tidak percaya, tetapi dengan bantuan Mentor Native Speaker saya, Alhamdulillah, terhadap perubahan yang ketara terhadap H, kelas itu sendiri dan sekalian disiplin kelas yang saya ajar.

Mentor Native Speaker saya, C, telah membentuk sebuah program pengurusan bilik darjah yang mantap; dinamakan ” Rewarding Good Behaviour”.

Secara ringkasnya, pada permulaan program, perkenalkan 5 peraturan utama kelas 1. Good sitting 2. Good looking 3. Good listening 4. Good speaking 5. Good thinking. Ganjaran diberikan dalam bentuk sticker yang dilekatkan pada baju murid setiap kali dia membuat perkara sebegitu. Jika ada yang berminat untuk tahu langkah secara terperinci, mungkin saya dapat memberi bahan yang saya guna.

Saya telah didemonstari langkah demi langkah oleh Mentor saya cara untuk melaksanakannya, dan Alhamdulillah, H dan juga seisi rakan sekelasnya menunjukkan perubahan disiplin dan kadar kemajuan pembelajaran yang lebih baik.

Satu insiden yang ingin saya nukilkan disini;

Situasi : Saya dan Mentor, sedang berbincang mengenai disiplin H yng makin menjadi-jadi, kali pertama C demo kepada saya program ini, selepas pembelajaran habis, tiba-tiba H ambil pemadam papan putih, dan tolong padam papan putih.

Mentor, C beralih melihat saya, dan bercakap kepada H : “ Good boy! Here’s a sticker for you!”

Muka H macam tak percaya, terus pergi kepada kawan-kawannya dan menunjuk-nunjuk sticker yang ditampal di bajunya. “Wei, tengok wei, tengok aku dapat..”

C beralih kepada saya dan berkata ; ” Wow, see how his face looked when he got a sticker? It’s like he doesn’t believe it, like he doesn’t think he can get one. Now, he’s so proud and showing off and saying, see, i get a sticker too…

I think deep down he is trying to be good. I see him and i know he’s really bright. You need to always praise his good behaviour..”

Saya cakap, saya akan cuba bersabar untuk tidak marah kepada dia dan kepada semua murid saya. ” I will try, but you yourself know how my class is haha.” C : ” I know! You must have lost a lot of weight dealing with this class haha. But remember, with this programme, you don’t have shout a lot and you will have extra energy.”

Sangat benar, besoknya saya masuk, H sedang memanjat di atas troli itu lagi, saya terus cakap ” Class, where’s the good sitting?”. Terus H melompat turun dari atas troli dan duduk gaya Good Sitting di kerusinya. Malah dia merupakan antara pelajar terbaik hari itu.

Ya, perubahan H bukanlah terus menjadi pelajar terbaik. Dia ada hari-harinya, tetapi dia mencuba untuk menjadi lebih baik.

Saya ingat ayat The Nicelanders berkata kepada ralph pada awal cerita, kenapa patung keknya tidak boleh berada di atas bersa-sama yang lain, dan kenapa dia tidak boleh dapat pingat jugak? Jawab Gene Nicelanders:

“Medals? Bad guys don’t win medal..”

My ‘bad guy’ did win a ‘medal’. And lots more after that.

Alhamdulillah. Secara beransur-ansur, saya pun kurang menjerit dan berlari ke sana ke mari untuk mengawal kelas, dan kemajuan sangat ketara dalam kelas tersebut, boleh dilihat dari gambar-gambar yang saya nukilkan.

Buddy System  - Seorang murid Pemulihan sudah pandai mengajar Phonics kepada rakannya. H terselindung.

Buddy System – Seorang murid Pemulihan sudah pandai mengajar Phonics kepada rakannya. H terselindung.

Pembelajaran Kendiri - Phonics Dalam Kumpulan

Pembelajaran Kendiri – Phonics Dalam Kumpulan

Pembelajaran Kendiri - Phonics Dalam Kumpulan

Pembelajaran Kendiri – Phonics Dalam Kumpulan

Buddy System - Giliran H mengajar rakannya Phonics.

Buddy System – Giliran H mengajar rakannya Phonics.

Wahai para guru, marilah kita berdoa kebaikan terhadap anak murid kita, kerana jauh di dalam hati mereka cuba untuk menjadi baik, tetapi mungkin tidak diberi peluang dan sering dilabel. Amin.

“I’m bad, and that’s good. I will never be good, and that’s not bad. There’s no one I’d rather be then me.”

Tambahan : ” Please love me for me. Because I’m trying to be good”

 

Europe, Jet’aime


Alhamdulillah.

Minggu pertama bertugas sebagai Pengadil Padang (Pegawai Kejohanan) MSSR merupakan pengalamaan yang bermakna. Walaupun sekadar memegang tugas yang kecil, banyak perkara-perkara teknikal yang saya pelajari dari pegawai-pegawai senior.

Saya jemput sahabat terdekat saya untuk menjadi seorang Pengadil kerana tahun ini kami kekurangan pegawai. Kawan saya, seorang yang sangat bersemangat tinggi dan suka mencuba sesuatu yang baru, F, datang dengan jayanya membantu kami walaupun dalam masa yang sama menjadi guru pengiring/ jurulatih pasukan sekolah.

Sedang saya berbual dengannya untuk bertugas untuk minggu hadapan, giliran MSSM;

” Kak, minggu depan saya dah tak ada..”

” Tak ada? (Fikir). Oh! Le’ Paris, madamemoisselle! Oui!”

:: konon saja::

:: konon saja::

Pada bulan Oktober tahun lepas, F telah mengajak saya menyertainya untuk jelajah benua Eropah. Oleh kerana kekangan wang dan juga beberapa faktor lain, saya membuat keputusan untuk tidak menyertainya.

Masa sungguh cepat berlalu.

Rasa sungguh cemburu sebenarnya melihat sahabat-sahabat terbang sekeliling dunia melihat negara orang. F ini hobinya memang suka merantau ke negara orang.

Semasa berbual bersama-sama dengan beberapa kawannya tadi, bersama keenakkan keropok losong Tanjung Karang dan segelas air sirap limau suam, kami berbual mengenai cenderahati, waspada, keseronokan dan juga keterujaan.

Semangat teruja dan juga wistfulness (cemburu-sayu) dilahirkan dalam bentuk perbualan dalam kereta di bawah:

” F, nanti ko sampai Paris, ko ambik gambar snowflake kat aku tau..aku teringin nak tgk bentuk snowflake..“. Sahabatnya yang sedang sarat mengandung berpesan. Ngidam.

“Ok, ok nanti aku pinjam mikroskop di sana ambik gambar kat ko…”

Kami ketawa sekereta.

Kami sebagai sahabat sebenarnya, dalam kecemburuan, mahukan yang terbaik dan kebahagiaan kepada sahabat-sahabat yang lain. Saya doakan yang terbaik untuk F dan juga kawannya yang bakal menjelajah dunia impian di Eropah hujung minggu ini, semoga kami yang lain dapat juga sampai di situ nanti.

” Hah, akak tahu nak pesan apa!!”

” Apa?”

” Any souvenirs from the Will & Kate Wedding…dan juga jangan lupa fridge magnet dari semua tempat ko sampai ek..”

“Oraits..tapi kena upfront duit lah kak, exchange rate tinggi..” Sengih comel F. Nasib baik comel.

” No worries”.

Semoga selamat semuanya. Bila gamaknya hendak mendapat jemputan ke Tanah Suci pula bagi diriku.

Amin.

Kisah Sebuah Bebelan


Ini bukan sebuah cerita hendak memalukan sebarang pihak. Nama pihak yang terlibat saya rahsiakan dan gambar-gambar yang dipaparkan saya edit.

Ini kisah pengajaran bagi saya seorang pengguna dan klien, dan juga kepada sesiapa yang inginkan pengalaman khidmat pelanggan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan mereka.

Mula ceritanya, pada bulan Februari saya telah dijangkiti satu demam yang berlarutan hingga awal Mac, dan harap dah sembuh dah. Saya demam ‘shopping online’.

Jadi setelah membeli beberapa perkara di alam maya dari dua syarikat yang berlainan, yang menggunakan sebuah perkhidmatan kurier yang nama saya rahsiakan disini, saya dengan sabar menunggu kejutan kegembiraan saya tiba dalam lebih kurang 2 hari seperti yang dijanjikan.

Orang perempuan biasalah tak sabar  *ciwi dengan benda-benda baru.

2 hari berlalu, kemudian 3, kemudian rasanya sudah hari  ke 4 saya tunggu, dan setiap hari saya check perjalanan bungkusan saya melalui perkhidmatan yang disediakan secara atas talian pada laman sesawang mereka. Sila perhatikan gambar-gambar di bawah:

Image

Image

Saya rasa perasaan anda seperti saya juga bengang kalau perkara-perkara yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai dan selalu ditulis ‘missed delivery’ – ” What the h*** is that??”.

One thing you should know about me, I like to write letters. One futher thing, I like writing complaint letters when it is due.  I know you are thinking at this point ; ‘what a whiner..” but read the this story until the end, then you decide. Yes, I am different that way.

Untuk kisah lebih lanjut, saya kepilkan e-mel saya kepada syarikat kurier tersebut sebelum pergi mengambil sendiri parcel saya di pejabat mereka :

Image

Bersama emel tersebut saya kepilkan bukti screenshot dari laman sesawang mereka sendiri. Kemudian saya pergi memandu sejauh 45 minit itu. Balik-balik, terus saya susulkan satu lagi e-mel ke syarikat tersebut:

komplen letter 2

Saya mendapat balasan elektronik dari robot komputer yang mengatakan lebih kurang macam ini ” jika anda menulis untuk memberi pujian, kami dahulukan dengan terima kasih, dan jika menulis mengenaikan aduan atau kritikan, kami akan cuba sehabis baik untuk membaiki perkhidmatan kami.”

Jadi masa berlalu. Saya puas hati dengan produk-produk yang saya beli haritu, dan (masih lagi!) tidak serik dengan perkhidmatan kurier tersebut, membuat lagi belian online.

Alhamdulillah, tak lebih 2 hari, saya sampai di pejabat, sudah sampai parcel saya di atas meja. Nampaknya aduan dan kritikan membina didengari juga.

Terima kasih kepada syarikat kurier tersebut kerana membaiki perkhidmatan anda dan mendengar keluh kesah pelanggan.

Saya nasihatkan juga, jika ada ketidakpuasan hati, janganlah sekadar mengumpat dan mengutuk di dalam laman sosial, ia tidak proaktif dan produktif. Sampaikan dengan cara baik aduan anda kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan. Jika tidak, anda hanya baling batu, sembunyi tangan. 

Insyallah, apabila ‘kuota bulan baru’ ada, kita bertemu lagi, wahai perkhidmatan kurier. Harap tidak sebenarnya.

Harap bukan dalam emel, Insyallah.

(*ciwi – bila dapat benda baru, suka pegang, belek etc)

Sesekali Ku Rasa Teringin Melewati Hatimu Yang Dingin


Saya kehilangannya lagi.

Idea untuk menulis blog ini.

Didalam kekalutan untuk multitasking bersiap untuk kelas besok, mencetak bahan (dan kemudian laminate!), menaip rancangan mengajar untuk pemantauan hari Rabu ini.

Ada hati juga nak buat satu Big Book dan menjahit beberapa boneka sarung kaki; hasil derma  abang saya. (Thanx bro if your reading this!)

Saya tiada masa lapang untuk duduk dan mengelamun sangat tahun ini. Jadi saya tak dapat menghasilkan karya-karya yang sebaik dulu.

Masa lapang saya, selain membuat kerja adalah tidur, menonton dvd untuk menghilangkan stress.

Dan juga memenuhi azam tahun baru untuk menjaga kesihatan diri badan. 3 kali seminggu Insyallah, saya ke gym untuk melunaskan janji untuk diri. Kejutan dari keadaan sekeliling dan berita-berita mengenai ketidaksihatan diri sahabat-sahabat sekeliling.

Dan percaya atau tidak, 2 tahun lepas saya telah mengalami minor heart attack but I didnt know I got it at that time, until I read the symptom in Reader’s Digest. Laporan perubatan saya yang menunjukkan kadar kolestrol borderline 2 hari selepas itu mengesahkannya. Alhamdulillah, I went through it without any hardship, other that the pain at the moment.

And I was 29 back then. I realised no one is too young to get a heart attack.

So as I pass the big 3 years, I decided its time to take care of my self. And guess what, its amazing that you can get addicted to adrenaline rush.

Berjalan. Berlari. Mengayuh.

Saya perlu kembali ke kerja saya.

Banyak perkara ingin dinukilkan di sini, tapi Insyallah berdoalah supaya saya ada masa dan kesempatan untuk melunaskannya.

Kepada diri saya terutamanya, dan diri sahabat-sahabat, marilah kita menjaga kesihatan diri. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Muahs. Rindu anda semua.

Image

:: oh ya, masa lapang juga diisi dengan sesi keanak-anakkan. Maafkan saye::

MIA. Busylivinglive.


i love my homeoffice mumumumu

i love my homeoffice mumumumu

Nak gelak baca tajuk di atas.

Sebenarnya sangatsangat sibuk kerja. Ini antara beberapa yang baru siap.

Ingin memuatnaik projek deco homeoffice, tapi rupanya diri terasa ia adalah kawasan yang peribadi.

Cuba cari satu barangan IKEA di sini yang sangat chomels. Jika anda tepat, maka andalah kipas-susah-mati IKEA yang sejati!

I Just Havent Met You Yet. Eh, tetiba. Ekeke.

TTYL.

Kisah Budak Paling Degil Dalam Dunia


Ini kisah benar.

Berlaku tadi sewaktu masa terakhir pengajaran saya.

Kelas Tahun 2B. Kelas terakhir saya, selama 1 jam 1/2 mengajar Bahasa Inggeris.

Murid tidaklah sebanyak kelas saya yang sebenar, yang menghampiri setengah ratus.

Mereka hanyalah 26 orang. Tetapi mungkin 26 orang yang setiap orangnya mempunyai tahap pencabaran yang tersendiri.

Mungkin ini kali pertama saya menghadapi kelas yang betul, sebetul-betulnya kelas “di belakang”. Selama ini, tak lah saya rasa sungguh tercabar.

Kelas ini mempunyai murid-murid pemulihan/LINUS, dan juga beberapa masalah pembelajaran yang saya percaya akan temui dalam masa akan datang.

Tapi, percayalah, jika dalam kekalutan mengajar murid, lari sana sini, panjat kerusi, terjun kerusi, pusing belakang waktu saya tengok mengajar;

Kalau saya menjerit nama kelas itu kali pertama, (dijawab Yes, Teacher!) kemudian kali kedua, semestinya mereka akan terdiam dan duduk.

Because I mean business. But apparently, one boy in this class is not even scared of (what I feel) my worst, angriest, facade in classroom management. 

My bark is worst than my bite (my sister will have a field day with where this joke is going).

Saya tak pernah betul-betul marahkan murid sampai ke dalam hati. Sampailah saya bertemu si ketot H ni.

H ini akan bergerak, bercakap, mengganggu kawan-kawannya dan juga saya secara tiba-tiba, tanpa disuruh atau apabila disuruh melanggar arahan dengan sengaja.

Semua metodologi saya telah cuba. Cara standard adalah cubit di pinggang, atau pulas telinga. Cara tidak standard adalah seperti begnya saya simpan di atas almari agar dia kembali ke tempatnya.

Tak berkesan. Dia tunggu masa saya pusing ajar kawannya, kemudia dia panjat almari.

Didenda suruh berdiri di luar kelas. Dia main seret-seret bontot keluar dan ke dalam kelas, kemudia lari masuk dalam cubit kawannya dan berlari keluar. Tanpa henti.

Saya keputusan idea. Saya perlu mencapai objektif dan memberi perhatian kepada murid-murid lain. Mana saya ada masa nak melayan karenah dia seorang yang mengganggu semua orang termasuk saya??

Jadi saya buat keputusan untuk buat apa yang saya selalu buat apabila mencapai pilihan terakhir dalam mendenda murid. Saya tahan dia dari balik apabila loceng terakhir berbunyi, dan meminta seorang kawannya memanggil sepupunya di Tahun 4 untuk memberi nasihat melalui kaedah orang tengah.

Sementara menunggu, saya genggam pergelangan tangan kirinya dalam tangan kanan saya. Saya baru sedar hanya cara sebegitu, setiap kali saya buat hanya dia duduk diam dan tidak bergerak. Otak saya tiba-tiba seperti mentol menyala.

Sepupunya , S, sampai, bersama-sama beberapa orang kawan.

” Ya , Teacher, kenapa teacher?”

” Sepupu kamu ni, nakal betul dalam kelas tadi. Sampai geram Teacher. Di rumah dia memang macam ni ka? Teacher dah hilang akal rasanya..”

” Oh, memang Teacher. Dia kat rumah memang macam ni, selalu kena rotan dengan ibu bapanya. Adik-beradiknya semua ganas-ganas jugak..”

H diam. Tunduk. Saya lihat dia maka mentol tadi bersinar makin menyala. Saya teringat salah satu nukilan blog saya.

Saya usap kepala H. ” Kesian kamu kan..mesti di rumah mak dan bapak kamu jarang peluk kamu kan..”

H bergenang air mata.

” Kesian kamu. Kesian..” Saya usap lagi kepala. Meleleh sebelah air mata dia.

” Meh sini Teacher peluk skit..”. Saya peluk erat H. Kedua-dua air mata dia berguguran.

Saya pulak syahdu. ” Sini Teacher peluk skali lagi.” 

H tertunduk dengan air mata berlinangan. Saya tengok dia dan cakap ; ” Janganlah nakal-nakal dalam kelas, tau? Nanti cikgu kena peluk kamu lagi pulak..”

Sepupunya sengih. Sebelum semua pulang, tiba-tiba 3 murid perempuan kelas tadi berpatah balik dan tengok kepada saya ; ” Teacher, nak peluk?”

Group hug.

Hugs of love. Saya pernah tulis mengenai topik ini di sini. Saya teringat psikologi kanak-kanak, yang di mana jika mereka suka membuat perangai, adalah kerana kekurangan kasih sayang dari ibu bapa. 

Dan jika seseorang itu bercakap atau bertindak dengan kamu dengan tidak karuan, peluklah dia (yang mahram). Supaya dari hati ke hati, kamu memberitahu secara tidak lisan;

Bahawa, shhhh. Tak apa. Saya ada di sini. Bertenang. Shhhh.

Saya belajar banyak dari budak yang paling degil dalam dunia. Walaupun saya bukan seorang ibu (lagi), saya harap pada masa hadapan, saya akan kerap memeluk anak saya.

From heart to heart.

2012 dalam kenangan ;)


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 3,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 5 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Blog at WordPress.com.
Theme: Esquire by Matthew Buchanan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 281 other followers

%d bloggers like this: